Bila Aku Jatuh Cinta

Monday, January 31, 2011

Tips menggembirakan hati yang sedih dan kecewa

1. Latih Minda Untuk Melupakan Kenangan Pahit.

Cakap memang senang kan? Tapi bila nak buat, Allah sajalah yang tahu betapa hebatnya dugaan yang anda lalui itu. Senang citer, kita kena cut connection dengan emosi kite itu. Mulai hari ini, tekad lupakan semua kisah sedih yang berlaku dalam diri anda. Bulatkan azam untuk lebih fokus kepada diri anda, keluarga, masa depan, keilmuan dan kewangan anda yang jauh lebih penting. Betul tak?

2. Buanglah perasaan risau.

Eh siapa yang tak risau kalau result exam nak keluar? sure kecut perut. Sebenarnya barulah saya tahu perasaan risau memberi kesan pada kesihatan dan menarik nasib tak baik, masalah dan musibah pada diri kita. Ia akan membuat kan kite cenderung untuk lebih sedih dan ketakutan. Marilah kite cuba untuk lebih bijak mengawal perasaan risau yang tak baik nih!.

3. Rajinlah bersyukur.

Ucaplah syukur kepada apa yang anda miliki sekarang, apa saja! Ucaplah Alhamdulillah kepada Allah setiap kali bangun sebab kite masih lagi bernyawa dan dapat melakukan rutin harian kita demi menyara diri, keluarga dan anak-anak (kepada yang ada anak lah kan).

4. Belajarlah menjadi pemaaf.

Susah nak maafkan seseorang yang pernah membuat hati kita remuk macam baju yang dalam bakul tak berseterika kan? erk..tapi alangkan Nabi Muhammad SAW memaafkan umatnya. Ini lagikan kite yang tak de ape-ape. Tapi memang sedih pun kalau hati dah terluka kan. Kita selalu berasa sedih dan kecewa kerana kita tak dapat memaafkan kesalahan diri kita pada masa lalu, dan mungkin kesalahan orang lain terhadap diri kita. Betul tak? Marilah kita belajar memaafkan kesilapan lalu dan mencari ketenangan yang hakiki lagi murni. ewah!

5. Ketawa!!!!

kahkahakahakaha...okay stop. kalau asyik ketawa je nanti orang kata gila pulakkan. Rawatan ketawa juga amat mujarab bagi orang yang sedang bersedih. pergilah tengok youtube. Banyak video yang kelakar boleh buat korang pecah perut. Oh, suka bila tengok afdlin dengan din beramboi buat lawak dalam rancangan Spontan kat astro. Janganlah pulak tengok citer-citer yang memang sedih atau dengar lagu-lagu yang buat korang lagi menangis. ye tak?


6. Ubah Fikiran.

Kita tak mampu merubah takdir yang tersurat dalam hidup. Allah sesungguhnya lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita kena berdoa dan mengubah fikiran bahawa setiap yang berlaku pasti ada sinar yang menanti dihujungnya. Marilah kite berpikiran lebih positif dan buang..hiyahhhhh pergi kau pikrian yang negatif dari kepala otak kite!

7. Sabar

Kesabaran separuh daripada iman. Oh..kalau tak sabar, dah lama aku tembak ko!..eh jangan! kang masuk lokap. xdapat shopping lagi. hehe gurau jer. Buat baik dibalas baik, buat jahat _____________.<---okay sila habiskan ayat disebelah. Mungkin musibah masa kini adalah balasan kepada perbuatan kita pada masa lampau. Astagfirullah...



8. Binatang juga memahami.
kalau tengah sedih tu..luahkan lah pada kucing korang. kalau xde kucing, lembu kambing pun takpe. walaupun diorang xpaham, at least tenang hati tengok keletah diorang. betultak? binatang juga memahami apa yang dirasai oleh tuan mereka. They are totally great creatures!

Baiklah. sebelum masuk tidur marilah kita tenangkan hati dan set pikiran kite supaya melupakan perkara-perkara yang sedih-sedih itu. Besok pagi marilah kita bangun dengan hari yang baru yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya

No comments:

Post a Comment