Bila Aku Jatuh Cinta

Saturday, February 19, 2011

Photoshoot Bersama Mereka (Video)

Holaa blogger..ahaha...ni antara video yang sempat diambil semasa phpotoshoot ri2 oke :)


Masa ni baru ja nek feri dari butterworth :)

Second Video lapes photoshoot,ni otw nak p Quensbay Mall

waaa !! video kami makan sizzling,semua mkn sama..bst nya...

Tuesday, February 15, 2011

Photoshoot Bersama Mereka


 Weeeee....haaaaaaaaa...nak tau dak?? kalau x mau tau po xkesah nak cerita jugak..ahaha...12 Feb 2011,sabtu, i pg jln2 photoshoot kat Penang dgn Cik Siti Zunairah n kawan2 dari ADTEC Kulim.Ada Ahmad Hilmi ,someone yang plan untuk kitorang jmpa,ada Izlinda Wahid, she was sooooo...cute !!  kakak asz,kulit dya cantik sangat...huuhu...suka aihh..ada 2 orang lagi jejaka iaitu Lan,dya ni mcm gila2 ckit..ahaha..tp best.ok the last one Farid Ismail,bukan farid kamil aw..ekeke...kitorang jalan dari turun Feri ke Padang Kota ke Pekan2 lama then patah balik ke Jeti,penat dan menyeronokkan..Pastu p Queensbay Mall.Antara pic yang sempat diambil.

Berehat Sebentar !!!
 Oke,ni time baru nak start jalan..tp dh duduk.mie as a photographer 4 this pic
Ok...Next !! (Kata Lan N mie)



Ok buruk kan perangai..ahahahaha
 uish...apa nak jadi nie kan,minum smbil jalan..ahahha...xtahan dahaga kot,,kekek...
Princesses Of Da Day



Friend From ADTEC Kulim..Best gilerr !!!
 hermm...depa ni la...kawan2 dari adtec,kesian depa mai dari jauh,tp xpa la bukan slalu kan..xdinafikan depa ni semua stai ceria gila..syok o00o...


The Malaysian Next Top Model <3
sesampainya kat padang kota,kami pon snap2 la pic ala2 model..lawa kan..model2 ni pon ada style jugak..ehehehhe

nie jela pic yang dapat dimasukkan dalam blog ni buat masa ni..nnt ada lagi na...
Jom tgk model last :)
oke dah..ni la model..boleh ka?? ahaha  

tq 2 hilmi.

Monday, February 14, 2011

Salam MaulidulRasul(Sifat-Sifat Nabi Muhammad SAW)

Fizikal Nabi
Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata: Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Kebiasaan Nabi
Kataku pula: Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!Jawab pamanku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.

Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar baginda dan masuk baginda, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.

Rumah Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila baginda berada di dalam rumahnya dibagikan masanya tiga bagian. Satu bagian khusus untuk Allah ta'ala, satu bagian untuk isteri-isterinya, dan satu bagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang awam maupun yang khusus, tiada seorang pun dibedakan dari yang lain.
Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, baginda selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama. Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka baginda akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum, coba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkan pula: "Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, niscaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat", tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja.
Baginda tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majelisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ihwal agamanya.

Luaran Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Baginda selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Baginda senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang baginda mengingatkan orang ramai, tetapi baginda senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia. Baginda selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan.
Baginda senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.

Majlis Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahwa Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majelis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majelis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majelisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya. Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masliahat, baginda terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali.
Baginda tidak pemah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budipekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Baginda dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran, tidak berat sebelah. Majelisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.

Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut. Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.
Apabila baginda berbicara, semua orang yang berada dalam majelisnya memperhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang tertengger di atas kepala mereka. Bila baginda berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu basa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Baginda tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub. Baginda selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan menghardiknya!". Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah baginda berbicara, atau baginda menjauh dari tempat itu.

Diamnya Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, yaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran. Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.

(Nukilan Thabarani - Majma'uz-Zawa'id

Monday, January 31, 2011

Tips menggembirakan hati yang sedih dan kecewa

1. Latih Minda Untuk Melupakan Kenangan Pahit.

Cakap memang senang kan? Tapi bila nak buat, Allah sajalah yang tahu betapa hebatnya dugaan yang anda lalui itu. Senang citer, kita kena cut connection dengan emosi kite itu. Mulai hari ini, tekad lupakan semua kisah sedih yang berlaku dalam diri anda. Bulatkan azam untuk lebih fokus kepada diri anda, keluarga, masa depan, keilmuan dan kewangan anda yang jauh lebih penting. Betul tak?

2. Buanglah perasaan risau.

Eh siapa yang tak risau kalau result exam nak keluar? sure kecut perut. Sebenarnya barulah saya tahu perasaan risau memberi kesan pada kesihatan dan menarik nasib tak baik, masalah dan musibah pada diri kita. Ia akan membuat kan kite cenderung untuk lebih sedih dan ketakutan. Marilah kite cuba untuk lebih bijak mengawal perasaan risau yang tak baik nih!.

3. Rajinlah bersyukur.

Ucaplah syukur kepada apa yang anda miliki sekarang, apa saja! Ucaplah Alhamdulillah kepada Allah setiap kali bangun sebab kite masih lagi bernyawa dan dapat melakukan rutin harian kita demi menyara diri, keluarga dan anak-anak (kepada yang ada anak lah kan).

4. Belajarlah menjadi pemaaf.

Susah nak maafkan seseorang yang pernah membuat hati kita remuk macam baju yang dalam bakul tak berseterika kan? erk..tapi alangkan Nabi Muhammad SAW memaafkan umatnya. Ini lagikan kite yang tak de ape-ape. Tapi memang sedih pun kalau hati dah terluka kan. Kita selalu berasa sedih dan kecewa kerana kita tak dapat memaafkan kesalahan diri kita pada masa lalu, dan mungkin kesalahan orang lain terhadap diri kita. Betul tak? Marilah kita belajar memaafkan kesilapan lalu dan mencari ketenangan yang hakiki lagi murni. ewah!

5. Ketawa!!!!

kahkahakahakaha...okay stop. kalau asyik ketawa je nanti orang kata gila pulakkan. Rawatan ketawa juga amat mujarab bagi orang yang sedang bersedih. pergilah tengok youtube. Banyak video yang kelakar boleh buat korang pecah perut. Oh, suka bila tengok afdlin dengan din beramboi buat lawak dalam rancangan Spontan kat astro. Janganlah pulak tengok citer-citer yang memang sedih atau dengar lagu-lagu yang buat korang lagi menangis. ye tak?


6. Ubah Fikiran.

Kita tak mampu merubah takdir yang tersurat dalam hidup. Allah sesungguhnya lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita kena berdoa dan mengubah fikiran bahawa setiap yang berlaku pasti ada sinar yang menanti dihujungnya. Marilah kite berpikiran lebih positif dan buang..hiyahhhhh pergi kau pikrian yang negatif dari kepala otak kite!

7. Sabar

Kesabaran separuh daripada iman. Oh..kalau tak sabar, dah lama aku tembak ko!..eh jangan! kang masuk lokap. xdapat shopping lagi. hehe gurau jer. Buat baik dibalas baik, buat jahat _____________.<---okay sila habiskan ayat disebelah. Mungkin musibah masa kini adalah balasan kepada perbuatan kita pada masa lampau. Astagfirullah...



8. Binatang juga memahami.
kalau tengah sedih tu..luahkan lah pada kucing korang. kalau xde kucing, lembu kambing pun takpe. walaupun diorang xpaham, at least tenang hati tengok keletah diorang. betultak? binatang juga memahami apa yang dirasai oleh tuan mereka. They are totally great creatures!

Baiklah. sebelum masuk tidur marilah kita tenangkan hati dan set pikiran kite supaya melupakan perkara-perkara yang sedih-sedih itu. Besok pagi marilah kita bangun dengan hari yang baru yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya

Wednesday, January 5, 2011

Lapaq time n buger gian

yeh...lapaq dak?? pergh smlm balik qeja lapaq kot....duit dah la ciput ja tinggai..tiba2..seseorang kawan kpd siti n scha bernama "nor ruzaimi" belanja..pos sendiri plak 2,rajin kot dy...TQ na MIE..buger 2 dap ngt,saiz dya besaq o00...gerun nak makan..serius gabai...heheh...mie gtw ct buger 2 RM 2.20 ja..murah kot..kan2..mie kt dya beli kt sg.dua..area umh dya kot... jom kaji buger ni....

 oke,ni buger ayam n daging,besaq serius xtipu,penuh 1 polistrin..

mayonis yang banyak..sedp gilo....

lepas makan buger ni,ngantok tros sbb kenyng...heheh,apa pny trok prngai kan..nnt mie tnjuk na kedai buger ni kat mana,bley kmi 2 belnja plak...hehehe

Saturday, November 27, 2010

CeRiTeRA HuJuNg MiNgGu

27 nov 2010(3.15pm,asrama ilpnt)

selendang purple n cadbury hazel nut
fuh,dah agak lama xtulis kat blog ni...er 2 3 hari la jgk rsanya,sibok ckit dgn kelas..so hari ni..wah wah..aku dapat hadiah la,selendang dgn coklat cadbury hazel nut,my fav..dah lama x makan coklat ni..tq sbb bg kat aku.mengenai blog dia,aku xkan kacau ckit pon,bukan hak aku nak kacau apa dia nak tulis..setuju x??aku xkisah pon dia nak tulis apa,asalkan dia hepy sbb setiap apa yang terjadi 2 ada hikmahnya oke =)
sambil2 aku dok menaip ni,jom la makan kopok "potato chip" baru ja beli kat dak junior,baru wat bisness kopok..all da best yaw...hehehe..sambil 2 jgk aku layan jiwa sat smbil dengaq lagu kat hp aku,lani lagu perfect (simple plan).hujan renyai2 kat luar 2,angin sepoi2 bahasa..cewah..hehe..Romet aku dok wat apa ek?? sat tgk..owh..dia dok on9 ja..actually dah agak lama x berhujung minggu kat asrama ni,ternyata bosan sangat na..tp xpa la,lg pon dah xlama dah pon nak ada kat cni,lbh kurang 2 minggu ja lagi,pas2 habis la..sure rindu nnti kat suasana asrama walaupon kadang2 sangat anoying ,watever la...semua ni pengalaman jgk..La ish !!! awat semua lagu yang aku dengaq ni berkaitan ja dgn apa yang aku dok merapu ni..pelik toi..

bungkusan pertama kopok potato chip aku dah habis,so nampaknya bungkusan yang ke2 sedang memanggil2 plak...heheheheheheehh..   =) actually dah lama dah x makan kopok,skali skala dapat,nikmat jgak..hahaha..
erm...bangun ja pg td dengan senyuman,rs hepi sangat sbb dah melepasi saat2 yang menyedihkan semalam.apa2 pon aku akan cuba yang terbaik utk tlg DIA berubah,bg semangat kat dia..aku sayang dia oke =) kita sama2 usaha utk jadi yang terbaik utk diri masing2 taw..INSYALLAH...aish...hujan ni makin lebat la plak..time2 mcm ni kalau tidoq,wah mmg best la..tp nak exam dah,kena stdy la.. wish me luck ya ..

PEN OFF (nak p main hujan sat hehehe) 
(3.49pm)

Tuesday, November 23, 2010

Cinta Hati Ku

hye korang2 semua jangan salah faham na...cinta hati ni sampai bil2 pon xkan dapat diganti oleh sapa..gaduh macam mana pon,depa ni ttp yang terbaik...
 ha ni la kakak kesayangan aku..sorang ni ja aku ada..sayang dia sangat
(SITI NOORDIANA)


yang MAcho ni palk abang aku,ni pon sorang ja abg yang aku ada..boleh tahan garang..hehe..kadang2 penat jgk dgn dia ni..suka buli aku...hehe
(MOHD SYAZMIN)


ni adik aku yang first..dia ni payah sunggoh nak dapat gambar dia.jenoh paksa la...
(MUHAMMAD AMIRUL)


adik aku yang kecik kali..manja sangat dengan semua orang..tgk pon tau kan..
(ALIF IRMAN)